Khamis, 10 Disember 2009

KONVEK 2010

KONVEK 2010: Insentif Ta’awun 2010

DOWNLOAD : KONVEK2010.DOC

Insentif Ta’awun 2010
Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

SYARAT
• Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori

JANGKAAN TARIKH KONVEK
• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF
Katagori Pertama
• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.
Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.

Hadiah pasti adalah
1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah
RM300 .00
2) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00
Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic
Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua

• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).
Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.
Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.

Kategori Ketiga

• Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
• Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza
Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut
Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Katagori Keempat

• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.
1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu

*PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.

GEMPUR RADIX

Ahad, 15 November 2009

KHIDMAT HPA-SMS

1.AHLI KELAB KEMBARA HPA WAJIB MENGAMBIL KHIDMAT HPA-SMS UNTUK MUDAHKAN PERHUBUNGAN. HANYA RM14.00 UNTUK 3 BULAN.
2.KEAHLIAN KELAB KEMBARA HPA CUMA RM100.00 SETAHUN

MASUKKAN YURAN KEPADA AKAUN KELAB KEMBARA – BANK ISLAM (HAJI ISMAIL BIN AHMAD) – NO.AC: 09010010002734. SILA MAKLUM S/U 0139299944 ATAU email : hpa4online@yahoo.com SELEPAS BAYARAN Dibuat

Isnin, 12 Oktober 2009

Penyata Bonus Online

Dapatkan bonus bulanan anda secara online. Insyallah pada 18hb bonus semasa boleh diperolehi...Misal bonus Jan akan didapati pada 18hb Feb...

http://hpa.com.my/bonus

KPJ & Kembara Bersama Pengarah Urusan HPA

12hb Okt 2009 : KPJ K.Terengganu, di Grand Continental Hotel, K.Trg

17hb & 18hb Okt 2009 : Kembara ke Pulau Harapan, Langkawi. Mengenal herba JAWI. Daftar sebagai ahli kelab Kembara HPA segera.di http://hpa.com.my/kembara Hanya RM100.00 setahun

+ Pulau Harapan – baca artikel di blog PU : http://jawiherbshop.blogspot.com

Rabu, 15 Julai 2009

LIST PENGARAH JATI YANG AKAN NAIK KE PENTAS KONVEK

Rujuk Blog GM : http://gmalwahida.blogspot.com/2009/07/list-pengarah-jati-yang-akan-naik-ke.html

Semua ada di sana......................
Konvek 2009
pada 25hb Julai 2009
di Maeps Serdang

PMRAM Jayakan Seminar Keusahawanan Bersama HPA


KAHERAH, 11 Julai – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berjaya mengadakan Seminar Keusahawanan PMRAM 2009 anjuran bersama HPA Industries Sdn. Bhd. bertempat di Dewan Soleh Abdullah Kamil, Universiti Al-Azhar, Madinah Nasr, Kaherah.

Program dimulakan dengan ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh Saudara Abdul Mu’izz bin Muhammad, selaku Presiden PMRAM.

Peserta Seminar Keusahawanan PMRAM 2009 ini telah didedahkan dengan tiga slot pembentangan iaitu Pengenalan HPA oleh Encik Jafri bin Abu Bakar selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan HPA, diikuti oleh kertas kerja ‘Produk Halal Tanggungjawab Bersama’ oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil selaku Setiausaha Panel Syariah HPA yang juga AGM Pentadbiran HPA dan ucaptama oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd, Tuan Haji Ismail bin Ahmad.

Pembentangan kertas kerja yang pertama adalah menjurus kepada pengenalan asas kepada perniagaan HPA dan bagaimana HPA sebagai salah satu rangkaian perniagaan Melayu-Muslim yang bergerak secara aktif pada hari ini di Malaysia.

Encik Jafri mengulas bahawa kejayaan jatuh bangun HPA semenjak lebih sepuluh tahun lalu dirasai oleh Tuan Haji Ismail selaku Pengarah Urusan HPA sehingga mampu berdiri kukuh pada hari ini dengan bantuan lebih 1,600 orang staf pekerja.

Selain itu, beliau telah memperkenalkan anak-anak syarikat kepada HPA iaitu antaranya, Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd., Radix Industries Sdn. Bhd., HPA Ilham Holidays, HPA Food Sdn. Bhd., Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. dan ada beberapa lagi anak syarikat yang bernaung di bawah HPA Industries Sdn. Bhd.

Selaku pembentang kedua, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil yang pernah memimpin Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis (KPP) ketika menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir , mendedahkan berkenaan peluang kerjaya yang boleh diusahakan oleh peserta seminar. Para peserta diberi peluang sama ada menceburkan diri di dalam bidang perniagaan melalui usahawan menurut Multi Level Marketing Syariah (MLMS) ataupun sebagai tenaga pekerja (staf) di HPA Industries Sdn. Bhd.

Selain daripada itu, beliau turut menyentuh berkenaan ekonomi Islam melalui pemakanan halal yang sepatutnya diusahakan oleh generasi Muslim pada hari ini.

Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail yang mengisi slot ketiga telah menyampaikan beberapa kalam motivasi semangat kepada para peserta agar sentiasa mampu ke hadapan sebagai seorang agamawan yang bukan sahaja berfikir untuk kepentingan diri tetapi masyarakat amnya.

Beliau juga telah memberikan peluang kepada para peserta untuk mengisi borang ahli HPA secara percuma tanpa membayar RM30 sebagaimana urusan keahlian di Malaysia.

Program yang dihadiri oleh 250 orang peserta ini berjaya memberikan input asas kepada para peserta berkenaan HPA Industries Sdn. Bhd. dan peluang-peluang mahasiswa Al-Azhar untuk menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan.

Program sebegini akan diteruskan pada siri-siri mendatang agar golongan agamawan diberikan suntikan semangat untuk tidak meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w untuk berniaga.

Selasa, 14 Julai 2009

PBC JULAI

18HB - 19HB - HOTEL SELESA PASIR GUDANG